Khamis, 8 Julai 2010

Nama saya mohamad amirool hakeem bin abdul aziz. saya berasal dari kulai johor. Saya merupakan salah seorang anak felda. Saya berketurunan melayu. apa yang hendak saya kongsikan bersama dalam laman ini adalah pengorbanan bagi seorang insan yang merantau jauh dari kampung halamannya. Apabila keputusan SPM keluar,alhamdulillah...saya antara salah seorang pelajar terbaik di sekolah. Sebulan selepas itu,menyusul pula surat-surat daripada kolej-kolej swasta dan akhirnya,surat tawaran yang saya tunggu-tunggu selama ini pun sampai.. Ya Allah,terima kasih kerana telah memberi peluang kepadaku untuk terus menyambung pelajaran. Sya telah pun ditawaran untuk melanjutkan pengajian pada peringkat diploma di Universiti Malaysia Perlis didalam bidang kejuruteraan pembuatan. ini adalah salah satu tangga hidupku untuk terus melangkah jauh memberi kesenangan dan kebahagiaan kepada keluarga. Impian ku adalah untuk menjadi seorang jurutera yang beriman kepada allah.
            Salah satu sebab untuk saya mengarang sebuah coretan ini adalah untuk mnceritakan kepayahan dan kesenangan dalam mencapai cita-cita. Saya adalah seorang anak yatim yang telah kehilangan ibu tersayang akibat kemalangan jalan raya. Abah, seorang ayah yang sangat penyabar dan tabah dalam mengahadi musibah dan takdir yang berlaku dalam hidup kami. Kini tinggalah saya dan adik bersama abah di dunia. Abah tidak pernah putus memberikan semangat pada kami untuk meneruskan hidup walaupun tanpa seorang ibu..Abah menyakinkan kami..setiap takdir yang ALLAH berikan itu ada hikmah disebaliknya. Saya percaya dan terima atas segala takdir yang ALLAH berikan. Saya bertekad saya berjanji bahawa akan menunaikan janji-janji arwah bonda untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti. Alhamdullilah..kini saya Berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Perlis.