Selasa, 28 Jun 2011

Tanggungjawab/Adab seorang Anak terhadap Ibubapa



Ibubapa mempunyai kedudukan yang tinggi lagi mulia di sisi Allah swt.Merekalah yang menjadi sebab kelahiranya anak-anaknya. Mereka lah yang memelihara, mengasuh serta mendidi anak-anak itu dengan sempurna, termasuklah makan minum, pakaian, lindungan dari segi keselamatan serta kasih sayang. Segala pengorbanan kedua ibua bapa terutama ibunya tidak ternilai besarnya jika hendak di balas. Jasa ibubapa adalah amat banyak.Antara adab/tanggungjawab seorang anak terhadap ibubapanya adalah seperti berikut:
1. Sentiasa taat dan patuh terhadap suruhan /ajaran ibubapa. Sesuai dengan perintah Allah swt supaya pertama-tamanya beribadat kepadaNya dan selepas itu taat kepada kedua ibubapa.

2. Hendaklah bercakap dengan lemah lembut dan suara yang rendah ketika bertutur dengan ibubapa. Jangan sekali-kali membantah dan mengherdik mereka dengan apa jua perkataan kerana perbuatan itu ditegah Allah SWT .
3. Sentiasa hormat dan kasih sayang kepada kedua ibubapa.
4. Jangan sekali-kali menderhaka kepada mereka, kerana derhaka kepada kedua ibubapa adalah suatu dosa besar. Anak yang tidak mendapat keredhaan ibubapnya akan tidak mendapat keredhaan Allah dan ibadatnya tidak diterima Allah swt.
5. Sentiasalah mendoakan dan meminta keampunan untuk mereka, sama ada mereka masih hidup atau setelah mereka meninggal dunia dengan berdoa'" Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku, rahmatilah kedua-duanya sebagaimana mereka memeliharaku pada waktu kecil"
6. Hendaklah memanggil ibubapa dengan panggilan yang disenangi mereka.
7. Gembirakanlah hati ibubapa dengan menolong kerja rumah di samping melayani dengan penuh kasih sayang (jika tinggal bersama) atau dengan memberikan apa juga bantuan mengikut keperluan yang dihadapi semasa menghadapi saki baki hidupnya.
8. Ucapkan salam dan pohon kemaafan kepada ibu bapa ketika bertemu dan berpisah dengan mereka, kerana mungkin salah seorang darinya (anak atau ibu dan bapa) akan meninggalkan dunia yang fana ini tanpa dijangka.
9. Muliakan sahabat-sahabat ibubapa, hubungkan tali silaturrahim dengan keluarga dan sahabt-sahabat mereka.
10. Apabila mereka sudah lanjut umur (tua) dan uzur, hendaklah dipenuhi segala keperluan mereka. Selalu menziarahi mereka kerana dengan ini boleh menghibur dan mentetenteramkannya, sebagai melahirkan kesyukuran kepada Allah terhadap jasabakti yang telah dapat di nikmati.
11. Apabila ibubapa meninggal dunia, anak hendaklah membanyakkan berdoa untuk keselamatan dan mendapat rahmat dari Allah, banyakkan bersedekah dan membacakan ayat-suci Al Quran untuk dihadiahkan pahalanya kepada mereka. Semua kebajikan yang dilakukan akan diterima berterusan pahalanya untuk mereka di sisi Allah swt. Inilah satu kaedah yang berterusaa yang menghubungkan antara anak dan ibubapa walaupun jasad mereka tidak ada lagi.Semoga panduan ringkas adab atau tanggungjawab anak terhadap ibupapa ini dapat dihayati serta dikongsi bersama oleh kita semua dan anak-anak zuriat kita.
Saya disini bukan hanya mengingatkan pada diri anda, malah khususnya pada diri saya ini. Insyallah. Amin..

Ahad, 19 Jun 2011

"HapPy FaTher's DaY"

My bElovEd Dad

Salam smua stalker2 blog ni..sempena sambutan "hari bapa",,
sy ingin mngucapkn SELAMAT HARI BAPA kpd ayahanda tercinta sy iaitu EN ABDUL AZIZ BIN JAAFAR..
jasa mu tetap akan dikenang hingga akhir hayatku..
pengorbananmu tidak terhingga...I LOVE U DAD!!!
xlupa juga..kp semua bapa di dunia ini.. :))

Isnin, 13 Jun 2011

CIRI-CIRI WANITA IDAMAN LELAKI!

Seorang Pendengar Setia dan Mengikut Kata
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan mengikut kata. Bukanlah ini bermaksud King Control, tetapi patuh dan taat kepada suami di mana yang patut! Dari segi agama dan perbelanjaan.

Suka dimanja
Lelaki amat suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik. “Cayang buchuk“, “Sayang I love you“, “You memang macho!”, “You sayang I tak Yang?”, “You memang handsome“, “U tak macam lelaki lain!” memang dapat menaikkan ego lelaki dan dapat meredakan kemarahan mereka. Kalau tak percaya cuba lakukan ke atas pasangan anda!

Jangan bersolek tebal
Lelaki tidak suka jika wanita memakai alat solek terlalu tebal seperti penyanyi dangdut!


Sentiasa menghormatinya
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya. Jangan malukannya dengan perangai anda atau cara berpakaian yang tidak kena tempat.


Sering tanya khabar
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.


Jangan terlalu kebudak-budakan
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan dan terlalu gedik!


Agresif
Lelaki suka sikap wanita yang agresif dan aktif


Bukan materialistik
make -up sampai beribu-ribu. Lelaki yang sanggup mengeluarkan belanja sebanyak ini hendakkan “benda” yang satu itu sahaja. Berwaspadalah!


Jangan ganas
Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.


Suka yang beragama
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.



Salam pd semua pembaca blog ini..ini adalah sedikit sebanyak ilham atau pendapat yg sy dpt lihat hari ini..
mungkin pd anda semua, ada sedikit kekurangan..silalah beritahu..kerana.."semua manusia yg dilahirkn dimuka bumi ini tidak sempurna, seperti Rasulullah S.w.t".
oleh itu..marilah kita..sama-sama renungkan dan selamat beramal ;)

10 Ciri-ciri Anak yg SOLEH & SOLEHAH

1.Mempunyai iman @ aqidah yang sempurna.

2.Beramal soleh (mengamalkan perintah Allah S.W.T)cth : sentiasa menunaikan solat,puasa, membelanja wang ke jalan Allah,berpakaian secara Islam,bergaul secara Islam dan sentiasa memastikan makanan dan minuman dari yang halal.

3.Menghormati Ibubapa,guru, orang tua,jiran & kawan.

4.Rajin beribadat kepada Allah S.W.T dan berdoa kepada-Nya.

5.Mempunyai kesedaran dan tanggugjawab beragama.

6.Sentiasa berdoa kepada ibubapa samada yang masih hidup @ telah meninggal dunia.

7.Memiliki akhlak @ moral yang baik.

8.Rajin belajar dan membaca serta tekun dalam pekerjaan/pembelaja ran dan memiliki sifat tidak putus asa.

9.Berusaha dan bertawakal kepada Allah S.W.T.

10.Ikhlas,yakni melatih diri melakukan sesuatu tugas dengan ikhlas kerana Allah S.W.T.




Permata (Untuk Isteri Ku)

I like thIs song :))



Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku