Jumaat, 29 Julai 2011

"Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak"


Maaf kwn2..aku xdapat balik untuk menyambut hari pertama puasa pd tahun ni..hal ni disebabkn oleh faktor penting. Aku kena siapkn projek tahun akhir pd cuti wal puasa di UniMAP.
Minta Maaf juga pd Ibu, Abah, Adik sbb x dpt balik utk merai kn hari pertama puasa. Tp, smggu sblm raya "i will back :)".
Disini, aku selitkan beberapa keistimewaan utk sesiapa yg berpuasa kerana ALLAH. Insyallah ianya akan menjadi pedoman utk kita semua. Amin...
Pada bulan untuk ramadhan Allah telah memberi lima perkara yang tidak pernah diberikan pada umat- umat sebelumnya :-
  1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum disisi Allah Azza wa Jalla dari pada minyak kasturi.
  2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hinga berbuka.
  3. Setiap hari Allah menghiasi surga-Nya sambil berkata hamba-hamba-Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaan yang mereka rindu untuk memasukinya.
  4. Pada bulan ini diikatlah syaitan-sayitan yang durhaka sehinngga mereka tidak leluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lainnya.
  5. Mereka diampuni oleh Allah Azza wa Jalla . pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para shabat bertanya wahai Rasulullah, apakah itu malam lailatul qadar ? Beliau menjawab, tidak karena orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikannya pekerjaannya.
Inilah 5 perkara yang Allah simpan dan anugerahkan khusus hanya untuk kita, bukan diperuntukkan untuk umat yang lain, karena ia hendak menyempurnakan nikmatnya atas kita. Semogga peluang ini kita tidak sia-siakan. Semoga menjadi panduan kpd sesiapa yang bergelar muslimin dan muslimah

Selasa, 26 Julai 2011

Persediaan Bulan Ramadhan =))

marilah kita kongsikan bersama


  1. Persediaan ilmu agama terutama berkaitan dengan ibadah puasa seperti rukun, syarat sah, perkara yang membatalkan puasa, adab dan juga akhlak orang berpuasa. Hal ini begitu penting untuk mendapat kesempurnaan ibadah puasa. Ini boleh dilakukan dengan mendapatkan buku-buku agama, ceramah disurau dan masjid serta internet.
  2. Menyediakan tubuh badan yang sihat dan cergas agar dapat melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna dan dapat melakukan amal ibadah sunat dengan lebih banyak lagi.
  3. Merancang perbelanjaan. Buat kiraan lebih awal perbelanjaan yang perlu dikeluarkan seperti untuk peruntukan perbelanjaan harian di bulan puasa, untuk menyambut Syawal dan tidak ketinggalan  untuk bersedekah dibulan Ramadhan dan menunaikan zakat. Jangan lepaskan peluang bersedekah dibulan yang baik ini.
  4. Perancangan masa. Tetapkan jadual aktiviti harian iaitu masa bekerja, bersama keluarga dan untuk beribadat.
  5. Mula melakukan ibadah di bulan Sha’aban seperti puasa dan membaca Al-Quran, agar ibadah yang dilakukan dibulan Ramadhan lebih sempurna lagi.
  6. Muhasabah diri. Perbaiki diri dan buang amalan dan perbuatan yang menyalahi agama seperti maksiat.
  7. Buat persiapan untuk hari raya lebih awal agar dapat lebih tumpu perhatian untuk beribadat di bulan Ramadhan.
  8. Memperbanyakkan bercerita tentang kemuliaan bulan Ramadhan. Hal ini bertujuan memberi rangsangan dan semangat kepada kita untuk membuat persediaan bertemu Ramadhan.
Jadi,.marilah kita sama-sama mengamalkan ape yang harus kita lakukan di bulan ramadhan yg bkal mnjelma.
Disini, sy bukan hanya menegaskn kepada semua, malah diri sy sendiri.. insyallah.. "buang yang keruh,ambil yang jernih"