Selasa, 26 Julai 2011

Persediaan Bulan Ramadhan =))

marilah kita kongsikan bersama


  1. Persediaan ilmu agama terutama berkaitan dengan ibadah puasa seperti rukun, syarat sah, perkara yang membatalkan puasa, adab dan juga akhlak orang berpuasa. Hal ini begitu penting untuk mendapat kesempurnaan ibadah puasa. Ini boleh dilakukan dengan mendapatkan buku-buku agama, ceramah disurau dan masjid serta internet.
  2. Menyediakan tubuh badan yang sihat dan cergas agar dapat melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna dan dapat melakukan amal ibadah sunat dengan lebih banyak lagi.
  3. Merancang perbelanjaan. Buat kiraan lebih awal perbelanjaan yang perlu dikeluarkan seperti untuk peruntukan perbelanjaan harian di bulan puasa, untuk menyambut Syawal dan tidak ketinggalan  untuk bersedekah dibulan Ramadhan dan menunaikan zakat. Jangan lepaskan peluang bersedekah dibulan yang baik ini.
  4. Perancangan masa. Tetapkan jadual aktiviti harian iaitu masa bekerja, bersama keluarga dan untuk beribadat.
  5. Mula melakukan ibadah di bulan Sha’aban seperti puasa dan membaca Al-Quran, agar ibadah yang dilakukan dibulan Ramadhan lebih sempurna lagi.
  6. Muhasabah diri. Perbaiki diri dan buang amalan dan perbuatan yang menyalahi agama seperti maksiat.
  7. Buat persiapan untuk hari raya lebih awal agar dapat lebih tumpu perhatian untuk beribadat di bulan Ramadhan.
  8. Memperbanyakkan bercerita tentang kemuliaan bulan Ramadhan. Hal ini bertujuan memberi rangsangan dan semangat kepada kita untuk membuat persediaan bertemu Ramadhan.
Jadi,.marilah kita sama-sama mengamalkan ape yang harus kita lakukan di bulan ramadhan yg bkal mnjelma.
Disini, sy bukan hanya menegaskn kepada semua, malah diri sy sendiri.. insyallah.. "buang yang keruh,ambil yang jernih"

2 ulasan:

♥ La Dolce Mai ♥ berkata...

selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak

AmYruL HakEEm berkata...

ok..selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak pd mailis ngn alip gak ;)